Antarabangsa

Stajcic kekal latih skuad bola sepak wanita Filipina sehingga Piala Dunia 2023


Stajcic watak penting membawa skuad wanita Filipina ke pentas Piala Dunia Wanita 2023.

JURULATIH Alen Stajcic yang membawa pasukan bola sepak wanita Filipina ke Piala Dunia 2023 bersetuju untuk menyambung kontrak bersama skuad tersebut.

Stajcic,48, dari Australia melakar sejarah tersendiri buat pasukan bola sepak Filipina menempah slot ke Piala Dunia ketika aksi kelayakan bulan lalu.

Ia menyaksikan Stajcic dan barisan kejurulatihannya akan terus bersama skuad Malditas sehingga aksi Piala Dunia Wanita 2023 yang dihoskan bersama Australia dan New Zealand.

Pasukan bola sepak wanita Filipina ke Piala Dunia 2023.

Pengurus pasukan Jefferson Cheng membuat pengumuman tersebut Jumaat lalu yang menyaksikan penolong jurulatih Nahuel Arrarte dan jurulatih kecergasan Luca Tonetti juga kekal.

Tugasan terdekat Stajcic adalah Sukan SEA yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam Mei ini sebelum aksi Piala AFF Wanita pada Julai dan Piala Asia (September).

“Jurulatih Alen Stajcic menunjukkan Filipina boleh menjadi pasukan berkaliber terbaik untuk pasukan wanita.

“Kami sangat gembira kerana dia telah komited kepada pasukan dan kini ia bersiap sedia untuk beberapa pertandingan wanita tahun ini menjelang Piala Dunia,” ujar Presiden PFF Mariano Araneta.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: