
PERLAWANAN pembukaan Liga Super 2022 di antara Kuala Lumpur City FC dan Selangor FC dicemari dengan adegan pergaduhan di antara kedua-dua pasukan penyokong di luar Stadium KLFA Cheras.
Satu video klip yang dimuatnaik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter menyaksikan keadaan ‘huru-hara’ diluar stadium selepas aksi seri dengan keputusan 3-3.
Panas di luar Stadium KLFA Cheras! 🔥 pic.twitter.com/udtRFjQmWU
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 4, 2022
Salah seorang penyokong dilihat bertindak menendang salah seorang individu yang sedang bergelut dengan seorang lagi penyokong dan dalam masa sama adegan itu cuba dileraikan oleh seorang anggota polis yang bertugas.
Memang panas!






Add Comment