
KETUA jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon menyasarkan tujuh mata dalam tiga perlawanan Pusingan Akhir Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Jun ini.
Malaysia diundi berada dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh pada saingan yang akan membuka tirai pada 8 hingga 14 Jun ini.
“Bahrain (11 Jun) pasukan paling kuat dalam kumpulan tetapi kita akan bagi cabaran untuk mendapatkan mata.
“Perlawanan bertemu Turkmenistan (8 Jun) adalah penting bagi kami dan perlu cabar untuk dapatkan tiga mata.

“Bangladesh (14 Jun), kita perlu dapatkan tiga mata.
“Kami sasar untuk dapat tujuh mata dan akan cuba melalui perjalanan sukar ini dengan baik. Datang sini (kelayakan akhir) bagi berdepan dengan keadaan untuk memberi cabaran mara ke pusingan akhir sekaligus memberi kebanggaan kepada penyokong-penyokong bola sepak Malaysia,” jelasnya dalam satu kenyataan selepas undian.
Pan-gon yang baharu diangkat sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan juga memberitahu akan cuba yang terbaik mengharungi pusingan ini.
“Sokong kami. Kita adalah hos dan ia mungkin boleh memberi kelebihan kepada kita untuk ke pusingan akhir,” tambahnya.





Add Comment