Bola Sepak

Aksi menarik TFC dan NSFC pusingan awal Piala FA 2022


KEJOHANAN Piala FA 2022 kini kembali selepas tidak dapat dipertandingkan dan terpaksa dibatalkan selama dua tahun sejak 2020 ekoran pandemik COVID-19.

Kali terakhir kempen Piala FA dipertandinan menyaksikan Kedah Darul Aman FC sebagai juara selepas menewaskan Perak FC 1-0 dalam masa tambahan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2019.

Majlis undian Piala FA 2022 yang melibatkan 12 pasukan Liga Super, 7 pasukan Liga Premier dan 15 pasukan Liga M3, berlangsung di Studio Spacelabs di Bukit Jalil di mana undian pasukan telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL), Datuk Mohd Saiful Mat Sapri bersama Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

Bagi undian pusingan kelayakan Piala FA 2022 yang menampilkan format kalah mati (satu pusingan) sepanjang kejohanan ini, BRM FC diundi menentang Tun Razak City FC sementara Bukit Tambun FC diundi bertemu Imigresen FC di mana perlawanan playoff Piala FA 2022 bermula pada 6 Mac 2022.

Sementara 11 pasukan Liga M3 yang mendapat undian pusingan bye dan layak secara automatik ke pusingan pertama Piala FA 2022 yang bakal berlangsung pada 11-13 Mac 2022 adalah PIB FC, Tok Janggut Warriors FC, Manjung City FC, Perlis United FC, Sains FC, Kijang Rangers FC, Langkawi City FC, Harini FT, Kinabalu Jaguar FC, Ultimate FC dan Respect FC.

Pertemuan Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) mencuri tumpuan dalam undian pusingan pertama Piala FA apabila kedua-dua pasukan Liga Super itu menjadi perlawanan tumpuan untuk pusingan pertama Piala FA 2022.

Sebagai rekod, Jerantut FA muncul pasukan amatur pertama yang layak ke pusingan ketiga Piala FA selepas tewas kepada finalis, Perak FC 1-2 pada April 2019.
Wakil pasukan Liga M3 yang melepasi pusingan pertama Piala FA, akan tampil status sebagai pasukan pelawat selepas diundi bertemu skuad Liga Super atau Liga Premier pada pusingan kedua Piala FA.

Ini kerana venue milik pasukan Liga Super dan Liga Premier lebih menepati keperluan komersial, piawaian penyiaran perlawanan serta prosedur standard operasi (SOP) pandemik COVID-19 Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: