Badminton

Kajang United BC raih gelaran juara


Kajang United BC meraikan kejuaraan mereka bersama-sama tetamu kehormat Ketua Pegawai Operasi Malaysia Purple League, Ho Khek Mong (paling kiri) dan Pengarah Urusan AEON Credit Service (M) Berhad, Daisuke Maeda (paling kanan).

KAJANG United BC muncul juara saingan AEON Credit Purple League Junior 2021/2022 (ACPLJ) selepas menewaskan Ayer Itam BC dengan meraih mata sebanyak 176 berbalas 122 pada perlawanan akhir yang berlangsung di House of Champions, Gem In Mall, Cyberjaya.

Pasangan beregu campuran Kajang United BC,  tidak perlu bermandi peluh apabila lawan mereka menarik diri di saat-saat akhir sekaligus memberi kemenangan percuma 3-0 (11-0, 11-0, 11-0).

Ayer Itam BC bagaimanapun cuba bangkit pada perlawanan kedua menerusi taruhan perseorangan lelaki mereka Tan Wei Liang yang menewaskan Amirul Imran dengan ‘straight set’ 11-10, 11-10 dan 11-6 menjadikan kedudukan tiga sama.

Situasi seakan berpihak kepada Ayer Itam BC pada perlawanan ketiga apabila perseorangan perempuan mereka Oo Shan Zi mencatat kemenangan 3-1 (6-11, 11-9, 11-6, 11-10) ke atas Lee Yu Shan serta kemenangan sensasi Chong Jenson – Ooi Yi Hern ke atas pasangan beregu lelaki Kajang United BC, Goh Yi Qin – Wong Zhi Kang 3-2 (7-11, 10-11, 11-10, 11-8, 11-8).

Bagaimanapun, nasib memihak kepada Kajang United BC apabila mereka sekali lagi diberi kemenangan percuma 3-0 selepas Ayer Itam BC mengambil keputusan untuk menarik diri.

Barisan pemain Perling BC selepas meraikan kemenangan.

Dalam pada itu, Perling BC pula melakar kejayaan muncul juara kategori bawah-15 tahun. Ia susulan daripada kemenangan mereka ke atas Butterworth BC 10-7 .

Kajang United BC membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 manakala Perling BC yang mengungguli kategori bawah-15 tahun meraih RM5,000.

Sementara naib juara kedua-dua kategori berpuas hati dengan wang tunai berjumlah RM5,000 dan RM2,500.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: