Badminton

BATC 2022: Tze Yong sumbang mata juara buat Malaysia


Pasukan lelaki negara muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022. Foto: IZARI ROSLI

PASUKAN badminton negara melakar kejayaan di pentas Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 selepas berjaya merangkul trofi kejuaraan dengan menewaskan juara bertahan Indonesia, 3-0.

Kejohanan berpasukan yang mula diperkenalkan pada 2016 ini menyaksikan penguasaan Indonesia untuk tiga edisi berturut-turut berjaya dipecahkan pasukan Malaysia dalam aksi sengit di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Ahad.

Kejayaan ini berpunca daripada mata pertama yang disumbangkan oleh pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia yang mengheret permainan ke rubber set ke atas lawan Dwi Wardoyo Chico Aura dengan keputusan 14-21,21-12,21-10 dalam tempoh 50 minit.

Mata kedua pula dihadiri oleh pasangan beregu utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turut bermain tiga set menumpaskan Carnando Leo Rolly-Marthin Daniel 17-21,21-13,21 18.

Dan pemain muda Ng Tze Yong menjadi hero mengesahkan kejayaan pasukan negara dengan kemenangan ketiga menewaskan Ikhan Rumbay 21-14,21-15 dalam tenmpoh 47 minit.

Kejayaan ini sekaligus mencipta rekod baharu bagi pasukan negara apabilapada edisi 2020 Malaysia menamatkan saingan sebagai naib juara tewas kepada Indonesia.

Sementara itu, dalam aksi final wanita pagi ini, pasukan Indonesia berjaya menumpaskan Korea Selatan 3-1 untuk dinobatkan sebagai juara.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading