Badminton

BWF batal semua kejohanan di Rusia dan Belarus, tiada lagu dan kibaran bendera


PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) mengambil keputusan membatalkan kesemua kejohanan yang mendapat pengiktirafannya di Rusia dan Belarus sehingga diberitahu kelak berikutan operasi khas tentera Rusia di Ukraine.

Badan badminton dunia itu mengumumkan bendera Rusia dan tidak akan dikibarkan dan lagu kebangsaan kedua-dua negara itu tidak akan dimainkan di mana-mana kejohanan yang diiktiraf BWF.

“BWF akan menyampaikan rasa simpati yang mendalam dan keprihatinannya kepada Persatuan badminton Ukraine dan akan menyelaraskan sokongan khas kepada komuniti badminton Ukraine di mana mungkin.

“BWF akan terus memantau keadaan dengan rapi dan secara proaktif memberi nasihat kepada rakan pergerakan sukan antarabangsa kami untuk membincangkan pilihan lain bagi mengukuhkan potensi langkah yang akan diambil terhadap kerajaan Rusia dan Belarus, ” jelas satu kenyataan BWF.

BWF mengeluarkan kenyataan itu selepas Mesyuarat Majlis BWF yang mengutuk serangan tentera Rusia ke atas Ukraine dan menzahirkan kebimbangannya ke atas orang awam yang terkesan akibat konflik itu.

Tambah BWF, sebarang konflik seharusnya diselesaikan tanpa menggunakan sebarang kekerasan dan menzahirkan kepercayaan dalam sumbangan pergerakan sukan kepada keamanan dan perpaduan antara insan.

“BWF berdiri teguh bersama keseluruhan pergerakan sukan antarabangsa untuk menggesa semua pihak supaya menghentikan keganasan dan mengekalkan keamanan.”


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: