Bola Sepak

AFF 2022 : Taring Harimau Muda perlu lebih tajam


KETUMPULAN jentera serangan sebagai mana dipamerkan ketika tewas 1-2 ditangan Laos, Jumaat lalu tidak seharusnya berlaku seandainya Harimau Muda ingin melangkah ke pusingan seterusnya.

Ibarat hidup dan mati, anak didik Brad Maloney tiada pilihan lain perlu difikirkan melainkan kemenangan selepas tewas mengejut kepada lawan walaupun memiliki banyak peluang menjaringkan gol.

Bagi Maloney,  skuad Kebangsaan Bawah 23 (B-23) perlu lebih tajam dałam gerakan penyudah, apabila mereka sekali lagi bertemu Laos dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Kejohanan Bawah 23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), esok.

“Jika kita melihat kepada stastistik perlawanan itu, sepanjang 90 minit, kita menguasai kira-kira 67 peratus, kita mempunyai lebih banyak sepakan tepat daripada lawan, memenangi lebih banyak gerakan individu daripada lawan.

“Pada kita adalah penting untuk menukarkan penguasaan itu kepada jaringan gol, sepakan tepat kepada jaringan gol, kita amat perlukan lebih banyak gerakan penyudah di hadapan pintu gol dalam usaha mendapatkan keputusan dikehendaki,” katanya dalam sidang media secara maya dari Phnom Penh, Kemboja, hari ini.

Pada perlawanaan pembukaan mereka di Stadium Prince di Phnom Penh itu, Malaysia dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Laos dengan pemain tangah A. Selvan menjaringkan gol tunggal negara, manakala Bounphachan Bounkong dan Phetdavanh Sangvilay berjaya memastikan tiga mata untuk mereka.

Keputusan itu menyebabkan anak buah Maloney, perlu menang dengan kelebihan dua gol pada pertemuan kedua mereka di stadium yang sama esok, bagi memastikan layak ke separuh akhir sebagai juara kumpulan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading