Bola Sepak

Maloney diuji lagi… tiga pemain positif Covid-19


Tiga pemain B-23 diuji positif Covid-19 pada Sabtu.

SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) negara dikejutkan dengan tiga pemain disahkan positif Covid-19 menjelang perlawanan kali kedua bertemu Laos bagi Kumpulan B saingan Piala AFF B-23 2022 Isnin ini.

Tiga pemain yang diuji positif pada ujian saringan RK-Ag pagi ini melibatkan Abdul Hanafie Tokyo, Zainal Abidin Jamil dan T. Saravanan.

Menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), selain tiga pemain tersebut, turut diuji positif termasuk penolong ketua jurulatih Khan Hung Meng.

“Ketika-tiga pemain serta penolong jurulatih berkenaan telah diasingkan serta-merta daripada aksitviti bersama pasukan dan akan menjalani ujian PCR, esok pagi.

“Sementara itu, dua pemain yang sebelum ini telah positif Covid-19 ketika ujian PCR setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh iaitu Fahmi Daniel Zaaim dan Shafi Azswad Sapari dijangka bebas daripada tempoh isolasi masing-masing, hari ini atau esok (Ahad), tertakluk kepada keputusan ujian PCR terkini mereka sebelum dibenar kembali menyertai latihan bersama pasukan,” ujar kenyataan FAM.

Dalam pada itu, skuad Brad Maloney ini bakal bertemu Laos buat kali kedua selepas tewas 1-2 pada aksi pertama semalam (Jumaat).

Perlawanan Isnin ini aksi wajib menang jika ingin ke aksi separuh akhir selepas saingan Kumpulan B hanya menyaksikan Laos dan Malaysia berikutan Myanmar dan Indonesia menarik diri.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading