Bola Sepak

Barisan baharu teknikal FAM lawat fasiliti JDT


KETUA jurulatih Harimau Malaya baharu Kim Pan-gon memulakan tugasnya dengan melawat kelab bola sepak pertama Johor Darul Ta’zim (JDT) di Padang Seri Gelam, Johor Bahru dan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri pada Sabtu.

Pan-gon dan barisan kejurulatihannya diperkenalkan secara rasmi Khamis lalu membuat lawatan pertama bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, Setiausaha Agung Mohd Saifuddin Abu Bakar dan Pengarah Teknikal Scott O’Donell.

Kunjungan tersebut adalah bagi melihat sendiri fasiliti dan kemudahan latihan dimiliki kelab tersebut yang mana mereka telah diiringi oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards yang turut memberikan taklimat dan penerangan berhubung hal-hal berkaitan.

Delegasi Teknikal FAM di Stadium Sultan Ibrahim. Foto: FAM

Delegasi juga berkesempatan untuk bertemu dengan pemilik JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Ibu Pejabat JDT  berkongsi bicara mengenai bola sepak termasuk mengenai peranan yang dimainkan oleh kelab dimilikinya itu dalam memajukan bola sepak di negara ini.

Khamis lalu, Pan-gon mendedahkan bahawa dia akan bertemu dengan ketua-ketua jurulatih di setiap kelab Liga Malaysia bagi menjalin hubungan baik dan berbincang mengenai latihan dan pembangunan pemain-pemain negara.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: