Hoki

THT juara Piala Sumbangsih 2022


THT merangkul trofi Piala Sumbangsih 2022. Foto: MHC

PENYERANG berbisa Faizal Saari membawa Pasukan Hoki Terengganu (THT) menjulang Piala Sumbangsih saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2022 dengan menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.

Dua jaringan oleh Faizal memberi kelebihan buat pasukannya sekaligus aksi pembuka tirai ini melegakan THT mengutip tiga mata pertama mereka sebelum liga baharu bermula musim ini.

Jurulatih THT Roslan Jamaluddin gembira dengan semangat tinggi dipamerkan anak buahnya dalam usaha mencipta kejayaan bermakna itu.

“Terima kasih kepada semua pemain kerana menunjukkan 100 peratus komitmen. Bagi saya piala ini amat bermakna dan kami juga dapat tiga mata bagi saingan MHL tahun ini,” ujarnya kepada media selepas tamat perlawanan.

Dalam pada itu, skuad UiTM HA memulakan kempen dengan langkah kanan apabila melakar kemenangan 4-2 ke aats TNB Thunderbolts menakala Maybank berpesta gol selepas membelasah Nurinsafi Sporting 8-0. – Bernama


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: