Bola Sepak

JDT lancar kit baharu berteknologi tinggi ‘Nike Dri-Fit’


KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan kit terbaharu musim 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat malam.

Mengambil inspirasi daripada warna bendera Johor, kit JDT ‘Home’ terus kekal dengan identiti mereka dalam melakar sejarah dan merangkul kejayaan. Jersi ‘Away’ pula datang dengan warna putih dan merah jambu.

Musim ini menyaksikan jenama sukan terkenal, Nike meneruskan tajaannya kepada JDT untuk musim kelapan sejak tahun 2014.

JDT akan menggunakan jersi ‘Home’ dan jersi ‘Away’ terbaharu yang direka khas dengan teknologi tinggi ‘Nike Dri-Fit’.

Harga bagi kedua-dua jersi ini boleh didapatkan pada harga RM299 sehelai. Untuk pertama kalinya, Nike melancarkan jersi khas untuk saiz Wanita (RM299) dan juga saiz Kanak-kanak (RM235).

Harga jersi 2022 berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini kerana jersi yang dijual kepada penyokong kali ini adalah ‘Stadium Version’ yang menggunakan material (DRI FIT) yang hampir sama dengan rekaan replika.

 

‘Stadium Version’ menggunakan kain yang lebih berkualiti berbanding ‘Fan Version’ yang dijual pada beberapa tahun yang lepas dimana ia juga menyerupai rekaan asal.

Jersi JDT Nike 2022 kali ini adalah hampir sama dengan jersi pemain. Inovasi Nike fokus kepada potongan jersi dan produk bersifat ‘breathable’. Ini akan membolehkan penyokong merasai apa yang dipakai oleh pemain dan memberikan perhubungan yang lebih rapat antara mereka.

Pemain muda JDT Arif Aiman Hanapi memperagakan jersi ‘Home’ baharu musim ini.

Para penyokong boleh mendapatkan jersi tersebut di JDT Online Store serta pengedar-pengedar berdaftar Southern Tigers Sdn Bhd (STSB) di semua daerah-daerah di negeri Johor.

Karnival turut diadakan sempena majlis pelancaran ini dengan beberapa aktiviti dan permainan menarik khas untuk para penyokong Harimau Selatan.

Para penyokong juga akan menyaksikan persembahan ‘Laser & Effects’, persembahan ‘buskers’ dan ‘drumline’ serta persembahan artis-artis tempatan seperti SonaOne, Aman Ra, Zamaera, DJ Cza dan bekas ‘Miss World Malaysia & Miss Universe Malaysia’ Shweta Sekho.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d