Bola Sepak

“Fokus utama PBNS pembangunan bola sepak akar umbi” – Tunku Syed Razman


Tunku Syed Razman kekal sebagai Presiden PBNS.

TUNKU Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri kekal sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) bagi penggal 2022-2025.

Tunku Syed Razman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada Kongres PBNS ke-88 yang dihadiri 68 perwakilan pada Khamis.

“Saya bersama barisan kepimpinan PBNS berharap seratus peratus sokongan daripada pelbagai pihak, bagi memastikan pasukan negeri ini dapat memberikan saingan sengit dalam saingan Liga Super musim ini.

“Kita berusaha sebaik mungkin untuk membangunkan bola sepak di negeri ini daripada peringkat pasukan utama sehingga ke akar umbi, dalam melahirkan bakat-bakat baharu,” jelas Tunku Syed Razman.

Tambah Tunku Syed Razman, menjadi harapan PBNS untuk membina stadium baharu dengan menyediakan pusat latihan terbaik kepada pemain, namun fokus utama ketika ini adalah pembangunan bola sepak terutama pembanguan di peringkat umbi.

Malah PBNS juga dalam usaha mempertingkatkan pembangunan futsal, bola sepak wanita dan pembangunan akar umbi melalui Akademi NS.

Sementara itu, jawatan Naib Presiden pula disandang Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Datuk Masri Razali, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri, Datuk Mohamad Taufek Ab Ghani dan Saaran Nadarajah yang juga ahli Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).- Bernama

Senarai penuh Jawatankuasa Eksekutif PBNS untuk penggal 2022-2025:

Presiden: Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri

Timbalan Presiden: Datuk Dr Razali Ab Malik

Naib Presiden: Datuk Masri Razali, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani, Saaran Nadarajah

Ahli Jawatankuasa Eksekutif: Azmi Selamat, S.Kalidasan, Dana Palan V.K Karuniam, Lai Hien Sip, Kamarudin Ibrahim, Bachik Osman, Jamsari Mohamad, Hamdan Othman


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: