Bola Sepak

Isyarat ‘Love’ dari Pan-gon dan barisan kejurulatihan baharu, janji ubah Harimau Malaya jadi lebih bagus


Barisah kejurulatihan baharu pasukan bola sepak kebangsaan.

Oleh: SURYATI MOHD NOR / IZARI ROSLI

SELEPAS beberapa minggu menunggu, akhirnya Kim Pan-gon diperkenalkan secara rasmi sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya.

Pan-gon,53, dari Korea Selatan bersama barisan kejurulatihan tampil memperkenalkan dirinya dan turut berkongsi pandangan dan perancangan untuk skuad negara.

Bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan di Persatuan Bolasepak Korea (KFA) ini mengakui satu penghormatan baginya untuk menerima tawaran sebagai ketua jurulatih di Malaysia dan mengakui tidak berfikir panjang untuk bersetuju bersama skuad Malaysia.

“Tawaran yang sangat menarik minat saya.Walaupun saya boleh pergi ke Piala Dunia Qatar bersama pasukan Korea Selatan, tetapi saya memilih unutk ke sini. Saya berterima kasih kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan penyokong-penyokong yang mengalu-alukan kehadiran saya dan pasukan kejurulatihan.

“Saya percaya pasukan Malaysia mempunyai potensi yang bagus dan saya bersama barisan kejurulatiahan berjanji akan membawa pasukan ke level seterusnya.

Pan-gon berkongsi beberapa perancangan awal untuk skuad Harimau Malaya.

“Dengan sokongan Ultras Malaya, saya akan tunjuk bagaimana untuk berjuang bagi kejayaan Malaysia dan tidak ‘give up’ hingga ke akhir.

“Saya percaya kelebihan budaya Malaysia adalah kekuatan unity dengan kami dan dengan kepercayaan yang diberi supaya kita akan boleh mencapai sasaran. Saya akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk Malaysia,” ujarnya pada sidang media di Wisma FAM pada Khamis.

Bekas ketua jurulatih Hong Kong sebanyak dua kali ini juga (2009-2010, 2012-201) mengakui kejayaan tidak akan tercapai dalam tempoh singkat.

“Kami akan kukuhkan asas terlebih dahulu dan baharu bergerak ke depan kepada gambaran lebih besar iaitu peringkat Piala Dunia.

“Terdapat ‘big room‘ dalam pasukan yang perlu diperbaiki. Saya menghormati pasukan jurulatih sebelum ini. Dia melakukan tugas yang baik. Tetapi saya ada falsafah sendiri. Banyak perkara perlu diperbaiki… taktikal dan mental. Pasukan Malaysia belum ada cukup keyakinan.

Pan-gon dan barisan kejurulatihan bahari diperkenalkan secara rasmi pada Khamis.

“Dalam tempoh pendek kita tak boleh tukar… banyak yang kena tukar terutama bahagian taktikal. Perancangan saya pasukan perlu lebih agresif, lebih mencabar dan sesekali perlu ambil risiko. Jika bermain begitu, kita perlu asas kukuh termasuk mental dan fizikal. Tanpa itu kita tak boleh bermain walaupun ‘boleh bermain’,” jelasnya.

“Jika anda beri masa sikit, kami akan beri pasukan yang bagus. Bagi saya apa yang penting bukan lawan kerana saya perlu bina pasukan saya dahulu. Bagaimana cara bermain lebih penting. Kita bina kekuatan sendiri, dan paling penting adalah bagaimana cara kita bermain,” tambahnya.

Pan-gon tiba bersama pasukan jurulatih sendiri termasuk penolong jurulatih dari Sepanyol Pau Marti Vicente, Cho Junho dari Korea Selatan sebagai jurulatih penjaga gol, Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan), Lim Jaehun (jurulatih analisis prestasi), manakala pembantu jurulatih tempatan akan dimumkan kelak.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: