EPL

Detik gerun pasukan Manchester City


Pesawat Boeing 757 Titan Airways. Foto: AviationUpClose

PESAWAT yang dinaiki pasukan Manchester City terpaksa melakukan lencongan mengejut dan mendarat di Liverpool selepas berdepan dengan angin kencang.

Mereka sepatutnya mendarat di Manchester.

Man City dalam perjalanan pulang ke England selepas melakar kemenangan 5-0 pada pusingan pertama aksi 16 pasukan ke atas Sporting Lisbon dalam Liga Juara-Juara pada Selasa.

Bagaimanapun, penerbangan itu gagal melakukan pendaratan selepas mengelilingi Lapangan Terbang Manchester sebanyak tiga kali sebelum ianya dilencongkan ke Lapangan Terbang John Lennon Liverpool.

Rakaman video mengenai keadaan pesawat ‘terhuyung hayang’ itu tular yang agak menyeramkan.

 

Pesawat Boeing 757 Titan Airways boleh dilihat hampir terhenti kerana ia cuba melawan arus angin, namun bertindak pantas mendarat di Liverpool.

Man City mengesahkan bahawa mereka mendarat dengan selamat.

Seperti yang dilaporkan minggu ini, Manchester kini sedang berhadapan dengan ‘Ribut Dudley’ yang melanda United Kingdom pada Rabu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: