Bola Sepak

Piala AFF B23: Zikri terpaksa diketepikan, Fahmi kembali ke skuad


Zikri (kiri) terpaksa digugurkan daripada skuad utama selepas mengalami kecederaan lutut.

PELUANG pemain sayap Selangor FC 2, Fahmi Daniel Zaaim untuk beraksi pada Kejuaraan B-23 AFF 2022 kembali terbuka apabila pemain pertahanan skuad B-23 kebangsaan, Zikri Khalili terpaksa dilepaskan kerana kecederaan lutut.

Penukaran saat akhir itu dilakukan sebelum skuad Harimau Malaya B-23 menghantar senarai akhir kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFF) untuk pendaftaran pemain pada Ahad lalu (13 Februari 2022).

Menurut Ketua Jurulatih Harimau Malaya B-23, Brad Maloney, beliau mahu memberikan peluang yang mencukupi buat Zikri untuk pulih dan kembali berlatih bersama pasukannya namun kecederaan serius yang dialaminya menyebabkan pemain berusia 20 tahun itu terpaksa diketepikan.

“Zikri telah mengalami kecederaan berkenaan selepas menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan bersama Selangor FC.

“Saya mahu memberikan beliau sebanyak mungkin peluang untuk pulih dan memulakan latihan bersama pasukan semula namun begitu kecederaannya itu tidak dapat pulih dalam jangka masa pendek.

“Justeru itu, kami telah menyenaraikan semula Fahmi yang masih menjalani kuarantin di hotel isolasi bagi menggantikan kekosongan pemain di dalam pasukan” jelas Brad dalam satu kenyataan FAM pada Rabu.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) terbaharu yang dikeluarkan oleh AFF, Fahmi Daniel serta Shafi Aszwad Sapari perlu menjalani sesi kuarantin selama lima hari sebelum kedua-dua pemain ini dibenarkan untuk kembali bersama pasukan.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading