Bola Sepak

Piala AFF B-23: Pemain negara positif Covid-19


PENGENDALI Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney mengesahkan seorang pemainnya disahkan positif Covid-19 selepas tiba di Phnom Penh, Kemboja bagi menyertai Kejuaraan B-23 AFF pada Khamis.

Tegasnya, sejurus tiba, pasukan menjalani ujian calitan seperti ditetapkan protokol dan seorang pemain kita disahkan positif Covid-19 menerusi ujian yang dijalankan pagi tadi.

“Pasukan perubatan sudah mengendalikan perkara ini dan kita akan terus mematuhi protokol yang ditetapkan., pemain berkenaan juga telah  dibawa ke kemudahan perubatan untuk menjalani pengasingan dan dia akan kekal di sana,” ujarnya menerusi sidang media secara maya, Sabtu.

Malaysia yang berada dalam Kumpulan B  akan membuka tirai berdepan Myanmar pada Selasa ini sebelum aksi kedua menentang Laos pada Jumaat.

Kumpulan A pula dibarisi tuan rumah Kemboja, Timor Leste, Filipina dan Brunei manakala Kumpulan C turut dibarisi tiga pasukan iaitu Thailand, Vietnam dan Singapura.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading