Bola Sepak

FAM dedah enam negara minat lawan Harimau Malaya


Mohd Saifuddin Abu Bakar

KETUA jurulatih Harimau Malaya baharu Kim Pan-gon bakal menguji kekuatan pasukan menjelang Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 Jun ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar mengesahkan jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan depan telah mendapat perhatian dari enam negara yang berminat untuk menentang Harimau Malaya.

Tanpa mendedahkan negara-negara tersebut, Mohd Saifuddin berkata FAM terlebih dahulu akan mendapatkan pandangan daripada Pan-gon sebelum keputusan dibuat.

“FAM akan umumkan semuanya mengenai perlawanan persahabatan semasa sidang media bersama Kim nanti. Setakat ini FAM sudah menerima pelawaan dari enam negara, tetapi tidak boleh mengulas lanjut.

“FAM kena dapatkan keputusan daripada jurulatih sama ada beliau bersetuju atau tidak untuk bermain dan perlawanan-perlawanan mana yang dia nak,” jelasnya kepada Bernama.

Jendela perlawanan antarabangsa FIFA bermula 21 hingga 29 Mac ini adalah jendela terakhir sebelum pasukan negara menghadapi kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.

 

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: