Bola Sepak

“Selamat berangkat ke Phnom Penh, buat yang terbaik!”


Hamidin bertemu dengan pemain-pemain B-23 negara sebelum aksi perlawanan persahabatan bertemu KL City FC petang Khamis. Foto: FAM

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengharapkan skuad Bawah 23 Tahun negara dapat memberikan persembahan terbaik pada Piala AFF B-23 di Kemboja.

Hamidin yang turut hadir menyaksikan perlawanan persahabatan terakhir skuad muda ini berdepan dengan KL City FC di Padang PKNS berkata, gabungan pemain-pemain yang berada dalam skuad negara ketika Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022 di Mongolia, Oktober lalu dan menampilkan juga ramai muka baharu yang dipanggil kali ini.

“Jadi saya mahu mereka ini memberikan persembahan yang terbaik di sana nanti supaya kita dapat keputusan yang baik apabila bertemu Myanmar pada aksi pembukaan pada 15 Februari, diikuti aksi kedua menentang Laos pada 18 Februari dan perlawanan terakhir Kumpulan B bertemu Indonesia pada 21 Februari.

“Saya percaya jika mereka bermain dengan ikhlas dan sepenuh hati serta penuh bersemangat, kita mampu untuk meraih keputusan baik pada ketiga-tiga perlawanan tersebut, seterusnya berjaya layak ke separuh akhir.

“Selamat berangkat ke Phnom Penh kepada semua pemain, jaga diri dan juga kesihatan, semoga selamat pulang ke tanah air dengan kejayaan. Sama-sama kita semua di tanah air ini mendoakan pasukan kita,” jelas Hamidin.

Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney itu akan terbang ke Phnom Penh, Kemboja, pagi esok (Jumaat) bagi membawa cabaran negara pada Kejuaraan B-23 AFF 2022 bermula 14 hingga 26 Februari.

Skuad B-23 negara, yang diundi dalam Kumpulan B, akan memulakan kempen menentang Myanmar pada 15 Februari, diikuti Laos (18 Februari) sebelum melengkapkan perlawanan kumpulan dengan aksi menentang Indonesia pada 21 Februari.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: