Bola Sepak

Isu pergaduhan : FAM tunggu laporan penuh


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menunggu laporan penuh daripada pegawai pengadil sebelum menjatuhkan hukuman terhadap pemain-pemain Penang FC dan Terengganu FC II (TFC II) yang ‘bergaduh’ pada aksi pramusim Piala Menteri Besar Terengganu malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Mohd. Firdaus Mohamed berkata, hukuman akan diberikan sewajarnya kepada mereka yang terlibat dalam insiden tersebut tetapi pihaknya perlu mendapatkan laporan penuh terlebih dahulu.

“Kita akan melakukan siasatan terperinci kerana ini adalah insiden yang cukup serius kerana memalukan bola sepak tempatan tetapi harus menunggu laporan penuh daripada pengadil perlawanan dahulu.

“Kemudian, barulah kita akan serahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk menjatuhkan hukuman yang sewajarnya kepada pihak yang terlibat,” katanya.

Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam, perlawanan antara kedua-dua pasukan terpaksa dihentikan selepas pemain skuad Harimau Kumbang, Adib Raop mengalami pendarahan di bahagian hidung selepas dipercayai ditumbuk oleh pemain TFC II.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: