EPL

City semakin jauh tinggalkan Liverpool


Mahrez diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertama menerusi sepakan penalti.

 

MANCHESTER City terus mencipta jurang untuk mengungguli saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan 2-0 mengatasi Brentford pada saingan di Stadium Etihad, pagi tadi.

Dua gol hasil jaringan Riyad Mahrez pada minit ke-40 dan Kevin de Bruyne (m-69) memastikan skuad bimbingan Pep Guardiola berkelebihan 12 mata mengatasi Liverpool yang ketika ini memiliki dua kelebihan perlawanan.

Tegas Guardiola, Liverpool mempunyai baki dua perlawanan, kemudian kami akan melihat jurangnya.

“Semua pasukan adalah lawan yang sukar, tetapi ia mengagumkan pada peringkat ini untuk memiliki 60 mata. Kami telah melakukannya dengan sangat baik.” ujarnya.

 

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: