Bola Sepak

Liga M 2022 : KDA FC jamin tiada masalah tunggakan gaji


Penaung KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KELAB Bolasepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memberi jaminan masalah tunggakan gaji tidak akan berulang lagi yang secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2022.

Penaungnya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, usaha mencari penaja masih lagi diteruskan bagi mengisi beberapa slot yang ada.

“Kos pengurusan bolasepak ini walaupun tidak banyak tetapi besar juga, kita masih meneruskan usaha ini.

“Insyaallah isu yang membabitkan gaji pemain tidak akan berlaku lagi. Ini komitmen kita dimana kita banyak pelajari dari kęs-kes lama, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Menteri Besar Kedah banyak membantu kami.

“Begitu juga Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC,  Khamal Idris Ali. Kami akan pastikan isu-isu ini (tunggakan gaji) berulang lagi kerana kita tahu motivasi pemain itu juga berkaitan dengan gaji,” katanya ditemui pada sidang media selepas Majlis Pekenalan Penaja dan Rakan Rasmi KDA FC musim 2022.

Tambahnya lagi,  sasaran utama pasukan itu musim ini adalah untuk menjuarai Liga Super selepas dua tahun berturut-turut bergelar naib juara pada 2020 dan 2021.

“Kita cuba sasarkan juara piala liga dan juga salah satu pertandingan sama ada Piala FA atau Piala Malaysia, (sekurang-kurangnya) satu piala.

“Kita sudah dua tahun di kedudukan kedua, jadi mungkin ada peningkatan dan itu biasa dalam sebarang industri pun. Tahun ini, Insya-Allah berkat dokongan Menteri Besar  dan semua penyokong Kedah kita nak pulun habis-habisan.

“Kita nak menang sebanyak mungkin perlawanan dan pastikan mencapai rekod cemerlang,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: