Bola Sepak

Ikat Spartak Moscow, JDT akhiri pra musim dengan aksi membanggakan


JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menamatkan aksi pra musim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan memberangsangkan apabila mencatatkan satu kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan kepada lawan masing-masing.

Terbaharu keputusan seri yang dicatat ketika menentang kelab ternama Russia, Spartak Moscow 1-1 pentang semalam waktu tempatan membuktikan persediaan Harimau Selatan yang lebih mantap berbanding musim lalu.

Walaupun sekadar aksi persahabatan, ia pasti menjadi keputusan yang positif buat anak buah Benjamin Mora yang akan bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL)

Kemenangan tunggal dirakam JDT ketika menewaskan kelab UAE, Shabab Al Ahli 1-0 manakala seri berdepan MSK Zilina (2-2), Riga FC (1-1) dan Spartak Moscow (1-1) selain tewas 0-2 di tangan satu lagi kelab Russia, Rodina Moscow.

Perlawanan ini juga dilihat bagi membentuk keserasian khusususnya barisan pemain import yang menyertai JDT selain memberi cabaran awal buat pasukan sebelum saingan Liga Super bermula 5 Mac nanti.

Bagi musim 2022 , JDT mengekalkan Mauricio dos Santos, Shane Lowry, Leandro Velasquez, dan Bergson da Silva manakala melepaskan Gonzalo Cabrera dan Syahrian Abimanyu.

Juara Liga Super lapan kali berturut-turut ini membawa masuk pemain kelahiran Mali, Moussa Sidibe, Fernando Forestiieri, Bienvenido Maranon, dan Carli de Murga


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading