Bola Sepak

AFF 2022 : Status Wan Ahmad Kuzri akan ditentukan esok


 

Kesebelasan utama skuad B-23 yang diturunkan pada aksi persahabatan menentang Sabah FC.

KEPUTUSAN sama ada pemain Malaysia yang berpengkalan  di Amerika Syarikat (AS), Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal akan menyertai skuad kebangsaan pada saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 Bawah 23 Tahun (B-23) di Phnom Penh, Kemboja bulan ini, akan ditentukan esok.

Ketua jurulatih Brad Maloney berkata, esok adalah tarikh akhir untuk memuktamadkan keputusan mengenai pembabitan pemain tengah berusia 20 tahun itu bagi kejohanan tersebut.

“Sejujurnya, kami kesuntukan masa, saya masih belum mendengar apa-apa (perkembangan) dalam tempoh 24 jam yang lalu, saya telah cuba berhubung dengannya dan seperti yang saya katakan, masa semakin suntuk, kami mungkin membuat keputusan pada Isnin,” katanya pada sidang media selepas aksi persahabatan menentang Sabah FC di Stadium Likas, malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad B-23 seri 1-1 dengan Sabah FC yang menyaksikan T Saravanan menjaringkan gol pertama pada minit ke-76 buat B-23 sebelum Stuart Wilkins menyamakan kedudukan untuk tuan rumah pada minit ke-81 untuk tuan rumah.

Skuad B-23 negara, yang diundi dalam Kumpulan B, akan memulakan kempen menentang Myanmar pada 15 Februari, diikuti Laos (18 Februari) sebelum melengkapkan perlawanan kumpulan dengan aksi menentang Indonesia pada 21 Februari.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: