
MANGSA pertuduhan rogol, serangan dan ugutan bunuh oleh Mason Greenwood, iaitu seorang pelajar wanita berusia 18 tahun akhirnya ‘membuka mulut’.
Pelajar tersebut mengakui dia berdepan dengan tempoh sukar sejak tersebarnya kelakuan pemain Manchester United itu.
Namun pelajar itu enggan memberi kenyataan lanjut dan hanya mengucapkan terima kasih terhadap sokongan kepadanya.
Greenwood,20, ditahan reman sejurus gambar dan klip suara mengenai tuduhan rogol, serangan dan tersebar di media sosial.
Namun, Greenwood dibebas dengan jaminan, manakala polis meneruskan siasatan terhadap kes ini.
Mangsa membuat tuduhan terhadap penyerang United ini Ahad lalu dengan memuatnaik gambar dan audio penjelasan penderaan yang dilalui.

Greenwod kini diketepikan daripada skuad United sehingga proses undang-undang selesai.
Manakala ketua jurulatih England Gareth Southgate turut mengambil langkah yang sama mengetepikan pemain ini.
Sebagai rekod, Greenwood sudahpun tidak tersenarai dalam skuad England selepas penampilan pertamanya bertemu Iceland dalam Liga Negara-Negara pada September 2020.
Ia berikutan Greenwood dan seorang lagi pemain Manchester City Phil Foden diarah pulang ke England selepas melanggar peraturan kuarantin Covid-19 apabila bertemu dua wanita di hotel pasukan di Iceland.











Add Comment