EPL

Alli mahu ‘enjoy’ bermain di bawah bimbingan Lampard


DELE Alli berharap dia akan menemui kembali kegembiraan bermain bola sepak selepas sah bergelar pemain baharu Everton.

Pemain tengah England berusia 25 tahun itu mengikat kontrak dua tahun setengah bersama kelab yang dibimbing oleh pengurus baharu iaitu bekas bintang Chelsea Frank Lampard.

Alli mencari ‘angin baharu’ selepas tujuh tahun bersama Tottenham Hotspur pada jendela perpindahan pemain yang berakhir Isnin lalu.

“Saya sudah beberapa kali berbincang dengan Lampard dan dia merupakan pemain yang saya kagumi sepanjang kariernya.

Alli meninggalkan Spurs selepas tujuh tahun. Foto: Reuters

“Saya sangat teruja dengan peluang bekerja dengannya ini dan pastinya kami akan melakukan kerja yang hebat bersama,” jelas Alli.

Dalam pada itu Alli menjelaskan dia mengubah angin baharu ke tempat lain kerana ingin menikmati permainan.

“Saya hanya mahu gembira bermain bola sepak dan dapat rasakan bekerja dengan Lampard, dan pemain-pemain hebat yang lain adalah peluang yang hebat buat saya.

“Saya sangat teruja pergi ke sana dan menunjukkan kepada semua penyokong apa yang boleh saya buat dan membantu kelab”.

Alli berpindah Goodison Park selepas beberapa jam Lampard disahkan sebagai pengurus baharu kelab menggantikan Rafael Benitez.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d