
KUNCI utama sukses dan ‘hancurnya’ seorang pemain bola sepak atau atlet hanyalah disiplin.
Mengambil contoh terdekat yang terkini menjadi bualan seluruh peminat bola sepak antarabangsa mengenai pemain Manchester United, Mason Greenwood.
Pemain sayap muda England berusia 20 tahun ini dikaitkan dengan isu serangan dan rogol terhadap seorang pelajar wanita berusia 18 tahun sekaligus dia ditahan pihak berkuasa.
Apa yang dimiliki Greenwoon, keistimewaan di kelab hilang sekelip mata. Manchester United telah menarik balik semua koleksi cenderamata kelab dari paparan laman sesawang, malah peminat-peminat juga turut mengembalikan jersi replika yang memaparkan nama pemain itu kepada ‘megastore’ di Old Trafford.

Greenwood kini berada dalam tahanan reman polis dan kemarahan penyokong kepadanya berterusan.
Malah bukan itu sahaja, rakan-rakan sepasukannya mula menjarakkan diri mereka dengan Greenwood apabila tidak lagi mengikutinya di laman sosial termasuk Cristiano Ronaldo, David de Gea, Paul Pogba dan Marcus Rashford.
Jenama sukan terkenal Nike turut menggantung tajaannya kepada Greenwood.

Selain itu penaja utama pakaian pasukan TeamViewer memberitahu mereka memantau perkembangan isu ini dengan rapat dan rakan penaja rasmi Cadbury turut mengumumkan nama Greenwood tiada lagi dalam mana-mana barangan untuk pemasaran.
Kontroversi memalukan ini timbul selepas gambar dan rakaman suara mengenai seorang wanita kelihatan lebam dan berdarah di bahagian muka tersebar di laman sosial yang mengaitkan dengan Greenwood. Sejurus selepas itu, dia ditahan dan kini pihak polis masih meneruskan sisatan.

Kes awam melibatkan serangan merogol Greenwood ini adalah yang ketiga melibatkan pemain bola sepak terkemuka musim ini selepas pemain Manchester City Benjamin Mendy yang akan dibicarakan tahun ini dengan tujuh tuduhan merogol dan satu serangan serta pemain tengah Brighton Yves Bissouma masih dalam siasatan.






Add Comment