EPL

Lingard dapat restu Rangnick untuk berpindah


Rangnick telah memberikan kebenaran untuk Lingard mencari haluan baharu.

JESSE Lingard telah mendapat kebenaran dari pengurus sementara,  Ralf Rangnick untuk meninggalkan Manchester United pada cari terakhir jendela perpindahan.

West Ham United dan Newcastle United antara pasukan kini bersaing untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu.

Dilaporkan Sky Sports, Lingard diberi lampu hijau selepas bertemu Rangnick dan kini keputusan di tangan Man United untuk menentukan tawaran mana yang perlu diterima.

Lingard mahu meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan Januari, kerana dia memerlukan lebih banyak minit bermain untuk mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan England yang akan bersaing dalam Piala Dunia tahun ini.

Dia sedar jika terus kekal di United, keadaan tidak akan menjadi lebih baik. Dalam Liga Perdana musim ini, dia hanya bermain 9 kali, semuanya dari bangku simpanan dengan jumlah masa bermain hanya 88 minit.

Newcastle mempunyai peluang yang lebih besar, kerana mereka bukan seteru langsung Manchester United dalam perebutan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Lingard pernah bersama West Ham United musim lalu secara pinjaman.

 

Namun, sekiranya West Ham mampu membuat tawaran yang lebih menarik, contohnya dengan membayar yuran pinjaman yang lebih tinggi, berkemungkinan United sanggup melepaskan Lingard ke London.

Perpindahan ke West Ham juga akan menjadikan Lingard lebih mudah menyesuaikan diri. Musim lalu, dia juga dipinjamkan ke West Ham, dan berjaya menjaringkan 9 gol dan 5 bantuan dalam 16 penampilan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: