
PEMAIN Manchester United, Mason Greenwood ditahan pihak berkuasa susulan tuduhan menyerang dan merogol.
Greenwood yang juga pemain England disoal siasat berikutan tersebarnya gambar dan rakaman suara di media sosial berkaitan dengan serangannya ke atas seorang pelajar wanita berusia 18 tahun.
Gambar tersebut menunjukkan wajah seorang wanita dipenuhi darah dan tanda lebam.
Manakala rakaman suara melibatkan perbualan antara lelaki dan wanita bertarikh Oktober 2021 yang berkisarkan mengenai wanita itu diserang.

Beberapa jam selepas perkara itu tersebar, Manchester United mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka menyedari dan membuat pertanyaan untuk menentukan keadaan sebenar.
“Manchester United tidak membenarkan sebarang jenis keganasan.”
Manakala polis turut bertemu wanita terbabit di rumah keluarganya pada Ahad.

“Berdasarkan soal siasat, kami mengesahkan seorang lelaki berusia 20-an telah ditahan di atas laporan kes rogol dan serangan. Dia akan ditahan reman untuk disoal siasat.”
Pegawai forensik juga tiba di rumah agam Greenwood bernilai 2 juta paun itu yang terletak di kawasan mewah Bowdon, Cheshire, petang semalam.





Add Comment