EPL

Jones masih laris di pasaran


Phil Jones sering memanaskan bangku simpanan menyebabkannya mencari haluan baharu.

PERTAHANAN Manchester United, Phil Jones yang gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama kini menjadi buruan kelab Perancis, Bordeaux dan sasaran kelab Portugal, Benfica.

Menurut laporan The Athletic, Bordeaux dilaporkan bersedia untuk mengambil langkah untuk membawa Jones dan usaha perpindahan pemain berpengalaman ini akan dilakukan sebelum tarikh akhir pasaran perpindahan .

Jones ketika ini dilihat senarai pemain yang berpotensi menarik diri dari pasukan selain kontraknya di Manchester United hanya akan tamat pada 2023.

Dia gagal memenangi tempat dalam skuad Red Devils, selepas Raphael Varane, Harry Maguire, Eric Bailly, dan Victor Lindelof.

Jones telah membantu Manchester United sejak 2011, dan telah membuat 225 penampilan dengan memenangi Liga Perdana 2012/2013, Piala FA 2015/2016, Perisai Komuniti 2011 dan 2013, dan Liga Europa 2016/2017.

Jones bukan sahaja berminat dengan Bordeaux diman kelab berkenaan kini sedang mencari pemain pertahanan yang serba boleh.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d