EPL

Walker akui kesilapan ‘bodoh’, digantung tiga aksi Liga Juara-Juara


Walker digantung tiga aksi perlawanan Liga Juara-Juara. Foto: Getty Images.

PEMAIN Manchester City, Kyle Walker digantung tiga perlawanan dalam aksi Liga Juara-Juara.

Pemain pertahanan kanan itu dilayangkan kad merah berikutan kelakuan kasar terhadap penyerang RP Leipzig, Andre Silva ketika aksi kemenangan City 2-1 Disember lalu.

Jawatankuasa Disiplin UEFA membuat keputusan pada Selasa dengan menjatuhkan hukuman penggantungan tiga perlawanan termasuk aksi 16 pasukan bertemu Sporting Lisbon.

Walker (dua kanan) dilayangkan kad merah selepas berindak kasar ke ata pemain RP Leipzig.

Pengurus City, Pep Guardiola berharap Walker belajar sesuatu daripada kelakuannya itu.

“Kad merah yang saya dapat ketika bertemu Leipzing adalah hukuman yang buruk dan kesilapan ‘bodoh’ daripada pemain 31 tahun yang tidak sepatutnya berlaku dengan jumlah permainan saya.

“Saya manusia biasa, saya buat kesilapan dan saya belajar daripada itu. Saya akan kembali dan berharap prestasi saya sekarang dan sehingga musim ini akan dinilai dengan mencapai sesuatu yang baik,” jelas Walker.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: