EPL

Hodgson diumum pengurus baharu Watford dengan bonus ‘7 angka’


WATFORD mengesahkan Roy Hodgson sebagai pengurus baharu kelab.

Pelantikan Hodgson,74, ini bagi menggantikan Claudio Ranieri yang dipecat Sabtu lalu sekaligus membantu ‘mengeluarkan’ pasukan daripada zon penyingkiran.

Difahamkan, pengurus berpengalaman luas ini ditawarkan dengan bonus tujuh angka yang dianggap ‘gaji sederhana’ sekiranya berjaya meletakkan Watford dalam kedudukan selamat Liga Perdana.

Hodgson tiba di pusat latihan pada Selasa pagi bagi melengkapkan formaliti kontrak selama enam bulan.

 

“Watford mengesahkan melantik Roy Hodgson sebagai pengurus baharu kelab.

“Bekas jurulatih pasukan kebangsaan England ini akan disertai dengan pembantu yang dipercayainya Ray Lewington.

“Hodgson dan Leington akan segera melakukan persediaan untuk Watford bagi perlawanan Liga Perdana seterusnya bertemu Burnley pada 5 Februari ini.

“Selamat datang ke Watford, Roy. Dan Selamat kembali, Ray!.”

Ray pernah bersama The Hornets pada 2002-2005.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: