EPL

Roy Hodgson dijangka pengurus baharu Watford


Roy Hodgson.

ROY Hodgson bakal diangkat sebagai pengurus baharu Watford selepas Claudio Ranieri dipecat.

Difahamkan urusan terakhir membawa masuk Hodgson sedang dibuat, malah semua pemain dan staf sudah dimaklumkan mengenainya.

Watford menawarkan Hodgson pengurus di kelab itu bagi menggantikan Ranieri pada Isnin.

Hodgson,72, merupakan bekas pengurus Crystal Palace yang meninggalkan kelab tersebut musim lalu.

Ranieri dipecat Sabtu lalu.

Manakala Ranieri meninggalkan Watford selepas aksi ke-19 Liga Perdana Sabtu lalu, hanya mengumpul tujuh mata sepanjang bergelar jurulatih di Vicarage Road ini.

Sekiranya sah Hodgson bersama Watford, dia bakal menjadi pengurus ketiga kelab musim ini selepas memecat Xisco Munoz pada 3 Oktober lalu.

Watford kini berada di tangga kedua tercorot liga dengan 14 mata selepas 20 perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: