EPL

Alisson terus mainkan peranan – Klopp


PENGURUS  Liverpool, Jurgen Klopp, mengakui Alisson Becker mempunyai peranan penting dalam kemenangan pasukannya 3-1 ke atas Crystal Palace selepas bertindak cemerlang mengagalkan beberapa percubaan berbahaya.

Ketangkasan  Alisson membantu Liverpool menjadi pasukan keempat yang melepaskan paling sedikit gol dalam Liga Perdana dengan 19 gol.

Bekas penjaga gol AS Roma itu mengekalkan 10 gol, hanya tewas kepada penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes dengan 12 gol.

“Saya berjumpa dengannya dan mengucapkan  terima kasih kerana menyelamatkan barisan belakang kami sekali lagi.

“Dia berkata ‘itu tugas saya’. Sudah tentu ia banyak membantu untuk mempunyai penjaga gol bertaraf dunia di belakang!” Klopp dipetik sebagai berkata oleh BBC.

Liverpool mendahului Crystal Palace, 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Virgil van Dijk minit ke-8 dan Alex Oxlade Chamberlain m-32 sebelum tuan rumah merapatkan jurang menerusi jaringan  Odsonne Edouard pada menit ke-55.

Fabinho memastikan tiga mata penuh buat The Reds menerusi sepakan penalti pada minit ke-89.

Kemenangan ke atas Palace menjadikan Liverpool kini mengumpul 48 mata di tangga kedua Liga Perdana. Mereka berada sembilan mata di belakang Man City di puncak.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading