EPL

Kami perlu fokus perlawanan seterusnya – Laporte


Laporte menjaringkan gol penyamaan buat City pada aksi menentang Southampton.

 

PERTAHANAN Manchester City, Aymeric Laporte menyifatkan pasukannya harus meraih tiga mata namun keputusan seri juga ada kalanya berlaku pada setiap perlawanan.

Tegasnya, selepas meraih 12 kemenangan berturut-turut sebelum dipaksa seri 1-1 ketika menentang Southampton malam tadi, mereka kini perlu menumpukan pada perlawanan setersusnya.

“Sukar untuk perlawanan, saya fikir kita sepatutnya mendapat sedikit hasil yang lebih baik, kami kehilangan dua mata, tetapi kadang-kadang ia berlaku.

“Kami bermain dengan baik 12 menang berturut-turut adalah sesuatu yang luar biasa dan saya gembira dapat mendapatkannya.

“Sekarang kita perlu memberi tumpuan kepada permainan seterusnya dan ini penting sehingga akhir musim. Kami benar-benar mahu menang, kita perlu terus berjuang sehingga akhir,” kata Aymeric Laporte di BBC Sport.

Laporte menyelamatkan skuadnya daripada kekalahan selepas tuan rumah mendahului menerusi gol pertama Kyle Walker-Peters di liga tertinggi Inggeris itu pada awal permainan di St Mary’s.

Juara bertahan itu kini mendahului liga dengan kelebihan 12 mata ke atas Liverpool di tangga kedua, yang bermain kurang dua perlawanan dan akan berdepan Crystal Palace hari ini.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading