EPL

Wonderkids Liverpool kembali


Elliot diturunkan beraksi pada perlawanan bawah 23 tahun menentang Wrexham hujung minggu lalu.

PEMAIN muda Liverpool, Harvey Elliott yang mengalami kecederaan serius buku lalinya retak dan terseliuh bakal diturunkan dałam skuad pada perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Cardiff, malam esok.

Perkhabaran gembira ini dikongsikan pengendalinya, Jurgen Klopp mengesahkan pemain 18 tahun itu yang akan diturunkan.

“Kami perlu berterima kasih kepada Andreas Schlumberger (ketua bahagian pemulihan dan prestasi) tetapi Harvey adalah pelanggan yang sempurna.

“Dia dalam jagaan terbaik. Kami perlu melihat apa yang terbaik untuknya, memulakan perlawanan atau sebagai gantian. Tetapi dia pasti akan disenaraikan untuk perlawanan Cardiff,” tegasnya.

Elliott cedera ketika menentang Leeds pada September serta menjalani pembedahan dua hari kemudian dan kini dia kembali menjalani latihan penuh bulan lalu dan beraksi dalam perlawanan bawah 23 tahun menentang Wrexham hujung minggu lalu.

Selain Elliott, Thiago dan Divock Origi juga akan memperkuat kembali skuad Klopp selepas masing-masing pulih daripada kecederaan. Naby Keita juga sudah kembali daripada saingan Piala Negara-Negara Afrika.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: