Antarabangsa

Vietnam raih kemenangan pertama aksi Kelayakan Piala Dunia Qatar


Pemain-pemain Vietnam merai kemenangan ke atas China PR. Foto: AFC

PASUKAN Vietnam merakam sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan pertama peringkat Kumpulan B Kelayakan Piala Dunia (Asia) di laman sendiri.

Anak buah Park Hang-seo itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas China selepas tewas dalam tujuh perlawanan sebelum ini.

Tan Tai membuka jaringan awal minit ke-10 permainan yang berlangsung di Stadium My Dinh dan gol kedua menerusi Tien Linh tujuh minit kemudian.

Pemain gantian Phan Van Duc mengukuhkan kedudukan Vietnam dengan jaringan ketiga pada minit ke-76.

Manakala Wu Xi menjaringkan gol tunggal China sebelum aksi berakhir.

Pun begitu, Vietnam kekal berada di kedudukan tercorot kumpalan dengan baki dua perlawanan selepas ini.

Manakala China kelebihan dua mata untuk berada di kedudukan kelima.


Add Comment

Click here to post a comment