Antarabangsa

Piala Asia Wanita 2022: Tiga lagi pasukan iringi China ke suku akhir


Aksi pemain-pemain Jepun ketika bertemu Vietnam. Foto: AFC

Oleh: JJFIRDAUS

KOREA  Selatan, Australia dan Jepun mengiringi China ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala Asia Wanita AFC selepas masing-masing mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Korea Selatan membenam Myanmar 2-0 dalam aksi yang menyaksikan skuad bimbingan Colin Bell itu  terpaksa berhempas pulas sebelum menang ke atas lawan yang bermain mati-matian dan kini berada di tangga kedua Kumpulan C.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C, Jepun juga dipaksa bekerja keras sebelum menang 3-0 ke atas Vietnam dan kini mendahului Kumpulan C selepas mengutip enam mata dari dua perlawanan.

Sementara itu, Australia yang berjaya mencipta rekod jaringan kejohanan selepas membelasah Indonesia 18-0 kelmarin memastikan mereka segera layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Filipina 4-0.

Aksi pemain Filipina ketika bertemu Australia.

Dengan kemenangan ini, Australia mengumpul enam mata dari dua perlawanan manakala Thailand juga berjaya mendapatkan mata pertama dalam kejohanan ini selepas menewaskan Indonesia 4-0 dalam aksi di Mumbai.

Selepas dikejutkan Filipina pada perlawanan pertama tempoh hari, Thailand bermain baik dan mudah menghukum kealpaan benteng pertahanan skuad Garuda Pertiwi sekaligus menyingkirkan Indonesia dari kejohanan ini.

Perlawanan ketiga peringkat kumpulan bakal berlangsung pada 27 Januari dengan Iran, Taiwan, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar masih berpeluang untuk merebut tempat ke suku akhir.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: