Antarabangsa

Piala Asia Wanita 2022: Tuan rumah disingkir gara-gara penularan Covid-19


Pasukan bola sepak wanita India. Foto: AIFF

Oleh: JJFIRDAUS

KEJOHANAN Piala Asia Wanita 2022 kini berada dalam keadaan kelam kabut apabila pasukan tuan rumah, India telah disingkirkan daripada kejohanan selepas penularan wabak Covid-19 dalam pasukan.

Penularan wabak Covid-19 itu telah menyebabkan India gagal untuk menyenaraikan 13 orang pemain untuk perlawanan kedua Kumpulan A bertemu Taiwan pada Ahad menurut kenyataan media yang dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)

Undang-undang menetapkan jurulatih perlu menamakan minimum sekurang-kurangnya 13 pemain untuk setiap perlawanan dan ketidakmampuan India menyaksikan aksi di Stadium DY Patil, Navi Mumbai terpaksa dibatalkan.

Akibatnya, skuad kendalian Thomas Dennerby kini dibatalkan penyertaan dan segala keputusan perlawanan melibatkan India tidak dikira dan dianggap batal.

“Ketidakmampuan India untuk turut serta dalam perlawanan ini telah menyebabkan Artikel 6 undang-undang Piala Asia Wanita India 2022 digunapakai.” berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh AFC

Artikel 6 menyatakan “kesemua ahli persatuan yang bertanding perlu memastikan pasukan mereka mengambil bahagian dalam semua permainan sehingga tersingkir.”

Alsi seri 1-1 India bertemu Iran, Foto: AFC

India yang menganjurkan kejohanan ini buat pertama kali sejak 1989 telah tersingkir tetapi AFC mengesahkan bahawa kejohanan ini akan diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kesan dari penyingkiran ini, perlawanan pembukaan India dan Iran yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan tidak dikira sekaligus memperlihatkan perlawanan antara Iran dan Taiwan pada Rabu nanti sebagai penentuan siapa yang layak ke suku akhir.

Sementara itu, China menjadi pasukan pertama menempah tempat ke pusingan kalah mati selepas membelasah pendatang baharu, Iran 7-0 untuk muncul juara Kumpulan A selepas menang pada perlawanan pertama 4-0 keatas Taiwan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: