Antarabangsa

Kelayakan Piala Dunia: Pasukan besar Zon Afrika bakal terlepas tiket ke Qatar


Mohamad Salah

Oleh: JJFIRDAUS

BEBERAPA nama besar bola sepak Afrika bakal terlepas tiket ke Kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 selepas diundi bertemu satu sama lain dalam Kelayakan Piala Dunia Zon Afrika yang berlangsung pada Sabtu.

Zon Afrika bakal memiliki lima wakil di Qatar dengan 10 negara yang berjaya menjuarai kumpulan masing-masing di peringkat kelayakan kedua akan bertarung merebut tempat dalam kejohanan terbesar dunia ini.

Dua pemain Liverpool, Sadio Mane dan Mohamad Salah bakal berentap sesama sendiri apabila Senegal diundi bertemu Mesir dengan salah seorang dari mereka terpaksa melupakan peluang layak ke Qatar.

Tiga wakil Afrika utara berpeluang layak ke Piala Dunia dengan Maghribi bakal bertemu Republik Demokratik Congo manakala Algeria akan berhadapan Cameroon dan Tunisia berhadapan dengan Mali dalam satu lagi perlawanan.

Sadio Mane

Dua lagi pasukan yang sering tampil di Piala Dunia, Ghana dan Nigeria terpaksa bersaing merebut tempat dengan salah satu bakal terlepas aksi untuk mewakili benua Afrika kali ini.

Perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia pusingan ketiga ini akan berlangsung pada 24 Mac 2022 dan perlawanan timbal balik akan dijadualkan pada 28 Mac 2022 dengan keputusan aggregat bakal menjadi penentu pemenang.

Lima pemenang perlawanan kelayakan pusingan ketiga ini akan layak secara automatik ke Piala Dunia mewakili Konfederasi Afrika dan akan bertarung bersama-sama 27 pasukan dari enam konfederasi yang lain.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: