Bola Sepak

LPFK: Beberapa pemain futsal KL City positif Covid-19


Pasukan Selangor TOT mendapat kemenangan percuma 5-0 ke atas Kl City FC.

PASUKAN futsal Selangor TOT United dan Selangor MAC diberi kemenangan percuma 5-0 selepas lawan mereka KL City FC tidak dapat meneruskan perlawanan Sirkit 2 Liga Premier Futsal Kebangsaan (LPFK) minggu in.

Ia berikutan beberapa pemain KL City FC disahkan positif Covid-19.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai Datuk Seri Rosmadi Ismail, kemenangan diberikan kepada pasukan Selangor TOT United pada perlawanan No.17 bertemu KL City pada 22 Januari (Sabtu).

Manakala perlawanan No.24 Selangor MAC bertemu KL City hari ini (Ahad) turut diberi kemenangan 5-0.

“Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan pada Perkara 6 (6-1) (6-1-1) iaitu keputusan perlawanan yang tidak dapat diteruskan seperti yang terkandung dalam Peraturan Tambahan Penganjuran Pertandingan 2022, iaitu perlawanan yang melibatkan pasukan berkenaan hendaklah diisytihar sebagai perlawanan yang tidak dapat diteruskan dan kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang satu lagi dengan jaringan 5-0,” jelas Rosmadi dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pasukan KL City FC yang telah beraksi dua perlawanan pada Sirkit 1, minggu lalu tidak dapat turun beraksi pada Sirkit 2, minggu ini selepas beberapa pemain mereka positif Covid-19 manakala baki pemain dan pegawai pasukan berkenaan yang merupakan kontak rapat sedang menjalani kuarantin selama lima hingga ke tujuh hari.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d