Antarabangsa

Liverpool mudah benam Arsenal, Chelsea menanti di pentas final


Jota meledak dua gol memastikan kemaraan Liverpool ke pentas final.

 

LIVERPOOL bakal membuat perhitungan menentang Chelsea di pentas akhir Piala Carabao selepas menewaskan Arsenal 2-0 pada saingan separuh akhir kedua di Stadium Emirates, pagi tadi.

Terdahulu pada aksi pertama di Anfield sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan yang seterusnya memberikan kelebihan buat Arsenal beraksi dilaman sendiri.

Namun Diogo Jota melenyapkan semangat sorakan penyokong apabila meledak dua gol masing-masing di setiap babak bagi memastikan kemaraan Liverpool ke pentas akhir dengan agregat 2-0.

Pada perlawanan pagi tadi, Jota memastikan pasukan beredar ke bilik persalinan dengan kelebihan satu gol menerusi gerakan solo menariknya yang memperdayakan beberapa pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gawang Arsenal, Ramsdale
untuk gol pada minit ke-19 dan ke -77.

Chelsea yang lebih awal ke pentas final pula menewaskan Tottenham Hotspur dengan agregat 3-0 dań kedua-dua pasukan bakal berentap di Stadium Wembley, 26 Februari nanti.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading