Bola Sepak

3 pemain Sepanyol bakal sertai JDT


TIGA pemain baharu dai Sepanyol bakal memperkuatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk kempen saingan Liga Malaysia (Liga M) 2022.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, pemain terbabit juga akan membantu skuad itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.

“Kami akan mengumumkan dua pemain baharu  manakala pemain ketiga akan menyertai skuad di Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk pramusim.

“JDT akan berlepas ke Dubai hujung minggu ini dan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Minggu lepas, skuad Harimau Selatan mengumumkan penyertaan pemain import baharunya iaitu Fernando Forestieri, yang sebelum ini beraksi dalam Liga Serie A Itali, selain kemasukan bekas pemain Selangor, Syahmi Safari.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading