EPL

Ferguson bimbing Everton


BEKAS pengendali sementara Everton, Duncan Ferguson dilantik sekali lagi bagi menggalas jawatan tersebut susulan pemecatan Rafael Benitez.

Ferguson menjadi pengendali sementara pada tahun 2019 dan dia berjaya mengumpul lima mata daripada tiga perlawanan liga menentang Chelsea, Manchester United dan Arsenal sebelum pelantikan Carlo Ancelotti.

“Duncan Ferguson dilantik sebagai pengendali sementara Everton untuk perlawanan akan datang. Pengumuman untuk pengendali tetap akan dibuat dalam masa terdekat,” ujar kelab berkenaan.

Benitez menjadi pengendali keenam meninggalkan Everton dalam tempoh enam tahun di bawah pemilik Farhad Moshiri.

Dia dipecat Ahad lalu selepas hanya merakam satu kemenangan dalam 13 aksi liga yang meletakkan Everton hanya enam mata di atas zon penyingkiran.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading