
PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp masih enggan mengibarkan bendera putih dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas skuad bimbingannya berjaya meraih tiga mata penuh menewaskan Brentford, 3-0 di Anfield, awal pagi tagi.
Kemenangan diraih memastikan mereka melonjak dikedudukan kedua mengatasi Chelsea yang tewas 0-1 kepada Manchester City namun dibezakan 11 mata dengan The Citizen yang gah menerajui liga ketika ini.
Namun Liverpool berpeluang merapatkan jurang kepada lapan mata memandangkan The Reds masih kekurangan satu perlawanan.
“Kami tidak perlu meyakinkan orang di luar sana. Semua mereka yang menyokong kami mahu menikmati perjalanan ini,
“Ia bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai kejuaraan, perbezaannya ialah 11 mata dengan satu perlawanan yang diselamatkan. Sudah menjadi lumrah City akan memenangi liga, tetapi adakah sesuatu yang normal sekarang?,” ujarnya.
Pada aksi yang berlangsung di Anfield malam tad?, tuan rumah terpaksa menunggu ke penghujung babak pertama untuk mendahului lawan menerusi jaringan Fabinho pada minit ke -44 sebelum Alex-Oxlade Chamberlin menggandakan kelebihan pada minit ke-67.
Tiga mata mutlak sah milik tuan rumah apabila pemain gantian Takumi Minamino meledak gol ketiga 10 minit kemudian.





Add Comment