EPL

Coutinho ‘bikin’ penyokong Liverpool gembira


Coutinho (tengah) meledak gol penyamaan pada aksi menentang Man United awal pagi tadi.

BEKAS pemain Liverpool, Philippe Coutinho yang menyertai Barcelona sebelum kembali mewarnai Liga Perdana Inggeris bersama Aston Villa tampil dengan aksi menyakinkan apabila meledak satu gol memastikan keputusan seri 2-2 menentang Manchester United, awal pagi tadi.

Coutinho yang masuk dari bangku simpanan bagi memberi inspirasi kebangkitan mereka, membantu untuk gol Jacob Ramsey (m-77) dan kemudiannya menyamakan kedudukan (m-82) nyata mengecewakan Man United yang mendahului hasil jaringan Bruno Fernandes.

Kembali ke Liga Perdana, Countinho menyifatkan ia satu permulaan yang baik dengan Aston Villa.

“Saya merindui perlawanan seperti ini dan Liga Perdana. Saya sangat gembira berada di sini bersama rakan sepasukan baharu.

“Ini adalah permulaan yang baik, kami terus percaya sehingga ke penghujungnya sehingga kami tidak tewas,” katanya kepada Sky Sports.

Secara keseluruhan, Coutinho sudah 12 kali menentang Manchester United, kedua-duanya bersama Liverpool, Barcelona, ​​​​dan kini Aston Villa dengan tiga gol.

Golnya bersama Villa adalah yang pertama dalam Liga Perdana, manakala dua lagi adalah dalam Liga Juara-Juara (Barcelona) dan Liga Europa (Liverpool).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: