EPL

Sukar cari perkara positif – Rangnick


PENGURUS  Manchester United, Ralf Rangnick mengakui agak sukar mencari perkara positif selepas skuad bimbingannya gagal menggunakan kelebihan dua jaringan ke atas lawan sebelum dipaksa seri 2-2 berdepan Aston Villa awal pagi tadi.

Tegasnya, perancangan utama ialah memberi tekanan kepada mereka pada zon tengah dan kami melakukannya dengan baik pada 30 minit pertama dan mengawal bola.

“Itu adalah perkara positif dan apabila anda mendahului 2-0, anda perlu bertahan lebih baik dan kami melakukannya dalam 15 minit terakhir.

“Saya merasakan ia perlawanan terbaik sejak saya datang ke sini, pada babak pertama sepanjang 30 minit kami mendominasi. Kami mengambil beberapa langkah ke depan tetapi beberapa perkara perlu ditingkatkan.

“Sangat sukar mencari perkara positif selepas 95 minit ini,” ujarnya.

Pada perlawanan awal pagi tadi, pelawat berada dihadapan Bruno Fernandes pada minit ke-6 dan 67 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan hasil jaringan Ramsey (m- 77) dan Coutinho (m-82).

Selepas menang dua aksi pertama Liga Perdana sejak mengambil alih daripada Ole Gunnar Solskjaer selaku pemangku pengurus, skuad kendalian Rangnick mengumpul lima mata daripada empat perlawanan dan masih belum menang di tempat lawan.

Man United kini kekal di tangga ketujuh, satu mata di belakang Tottenham Hotspur yang ada baki dua perlawanan.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: