EPL

Chelsea diancam penyingkiran kelompok empat terbaik


Chelsea terpaksa berpuas hati selepas sekadar seri 1-1 menentang Brighton & Hove Albion, pagi tadi.

CALON juara Liga Perdana Inggeris 2021/22, Chelsea yang memulakan saingan dengan rentak cemerlang kini bukan sahaja bakal berdepan gelaran tersebut malah kedudukan dalam kelompok empat terbaik selepas diikat seri 1-1 menentang Brighton & Hove Albion di Stadium Amex, pagi tadi.

Ini adalah kali keempat berturut-turut Chelsea gagal menang dalam Liga Perdana (3 seri, 1 kalah). Namun, jika dilihat dalam jangka masa yang lebih panjang, prestasi hambar skuad kendalian Thomas Tuchel telah bermula sejak November.

Chelsea memulakan musim sebagai calon untuk gelaran dan telah berkembang dengan baik. Tetapi kini mereka berada dalam bahaya untuk berada dalam kelompok empat teratas.

The Blues kini mempunyai 44 mata daripada 23 perlawanan dan mereka ketinggalan satu mata di belakang Liverpool yang hanya bermain 21 kali dan tujuh mata di depan West Ham United dengan 22 perlawanan.

Jarak dengan West Ham nampaknya cukup selamat buat masa ini, tetapi di belakangnya masih ada pasukan yang mempunyai peluang besar untuk mendekat. Arsenal di kedudukan kelima contohnya.

The Gunners mempunyai 35 mata dengan perbezaan sembilan mata daripada Chelsea, sementara masih mempunyai tiga perlawanan lagi, begitu juga Tottenham Hotspur di kedudukan keenam dengan jarak 11 mata dari Chelsea.

Spurs telah bermain hanya 18 perlawanan, lima kurang daripada Chelsea, yang memberi mereka peluang besar untuk memintas. Perlu diingat juga bahawa Spurs tidak tewas dalam lapan perlawanan Liga Perdana sejak dikendalikan oleh Antonio Conte.

Tekanan pastinya terhadap Chelsea memandangkan keputusan baru-baru ini. Lebih-lebih lagi, trend itu bertambah buruk dengan empat perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: