Antarabangsa

AFCON2021: Empat pengadil wanita cipta sejarah


Salima Rhadia Mukansanga

Oleh: JJFIRDAUS

PENGADIL kelahiran Rwanda, Salima Rhadia Mukansanga berjaya mencipta sejarah apabila dia menjadi pengadil wanita pertama mengadili perlawanan bersama-sama tiga lagi pengadil wanita dalam Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Mukansanga, 35, mengadili perlawanan Kumpulan B antara Zimbabwe dan Guinea pada Rabu di Stadium Ahmadou Ahidjo, Yaounde dengan keputusan memihak kepada Zimbabwe 2-1.

Mukansanga dan tiga lagi pengadil wanita Carine Atemzabong dari Cameroon dan Fatiha Jermoumi dari Maghribi dipilih sebagai pembantu pengadil manakala Bouchra Karboubi juga dari Maghribi sebagai pengadil Video Bantuan Pengadil (VAR).

Ini adalah kali kedua Mukusanga membuat sejarah dalam AFCON 2021 kerana pada perlawanan sebelum ini antara Guinea dan Malawi pada 10 Januari 2022, dia terpilih sebagai pengadil keempat.

Fatiha Jermoumi

Ketua Unit Pengadil CAF, Eddy Maillet berkata detik bersejarah ini adalah bukti komitmen dan pelaburan CAF bagi memastikan mutu pengadilan di Afrika sentiasa dipertingkatkan. Ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif ‘Star Programme’ hasil kerjasama FIFA dan CAF untuk pembangunan pengadil.

“Kami sangat berbangga dengan hasil kerja Salima kerana beliau perlu bekerja keras untuk sampai ke tahap seperti ini. Kami tahu sebagai wanita, pelbagai halangan perlu beliau lalui dan kejayaan ini perlu diberikan kredit,” kata Maillet.

“Ini adalah saat yang indah bulan sahaja buat Salima tetapi juga buat semua gadis-gadis remaja di Afrika yang mempunyai minat terhadap bola sepak dan kini boleh melihat diri mereka sebagai pengadil bola sepak di masa akan datang,” tambahya.

Berita baik ini datang tepat pada masanya dikala kejohanan kali ini dipalit dengan beberapa keputusan kontroversi pengadil yang menjadi tumpuan dunia bola sepak. Salima dan rakan sejawatnya pasti berbangga membawa nama Afrika ke pentas dunia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d