Bola Sepak

Liga M 2022 : Bekas pemain Sabah FC dan UiTM FC sertai HijauKuning


Oleh : SUBKHI SUDARJI

BEKAS pemain Sabah FC dan UiTM FC, Dennis Buschening sah menyertai Kedah Darul Aman FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.

Menerusi kenyataan laman rasmi pasukan, kehadiran Dennis bersama Hijau Kuning mengisi slot pemain import kuota Asean dimana sebelum ini Dechi Marcel N’guessan (Kuota Antarabangsa) dan Jang Suk-Won (Kuota Asia) telah diumumkan sebagai dua pemain import pasukan.

“Dennis dilahirkan di Jerman memiliki kerakyatan Thailand, memulakakerjaya bolasepak remajanya di Borussia Dortmund sebelum beraksi dengan beberapa kelab di Liga German.

“Mula berkelana di Thailand ketika mewakili Buriram United FC sekitar musim 2013, penglibatannya selepas itu mula mendapat perhatian kelab di Asean. Beliau antara pemain mewakili Buriram United FC di perlawanan Suku Akhir AFC Champions League pada musim 2013.

“Dua musim lepas Dennis beraksi mewakili Sabah dan UiTM FC dan aksinya mencuri perhatian pemerhati bolasepak melalui beberapa gol cantik yang dihasilkan termasuklah ketika beraksi menentang KDA FC musim lepas,” ujar kenyataan tersebut.

Biodata Pemain
Nama: Dennis Buschening
Umur: 30 tahun
Asal: Esslingen am Neckar, Germany
Ketinggian: 183 cm
Posisi: Penyerang

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading